Mee Rebus a popular dish from Johore and even in Singapore however there are Mee Rebus in the northern state of Malaysia too but every state has a different version. This is the most simplest recipe but yet its mouth watering and a complete meal.
Resepi mee rebus .....
Bahan2nya
1 bungkus mee kuning - dicelur semasa hendak makan
tetelan - ikut sukatan masing-masing
5 biji kentang/ubi keledek
4 biji bawang besar
1 biji bawang putih
Cili Kering (Cili boh/Cili blend/Cili giling sedikit
Sedikit belacan
Udang kering ikut sukatan masing-masing
2-3 sudu tauchu
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 bungkus kecil rempah kari daging
Minyak untuk menumis
Garam dan gula untuk perasa
2 sudu tepung jagung
Cara-caranya
1. Hiris tetelan dan bersihkan kemudian direbus hingga empuk. Ketepikan.
2. Rebuskan kentang/ubi keledek. Bila dah lembut ditoskan dan dilenyek halus. Ketepikan
3. Bawang besar, bawang putih, belacan, udang kering, serai dan lengkuas diblend halus. Kalau guna cili
kering diblend sekali sekiranya menggunakan cili boh ditambah kemudian bersama rempah kari daging.
4. Panaskan periuk yang dalam dengan minyak.
5. Tumiskan semua bahan2 yang diblend yang dicampurkan dengan cili blend/cili boh/cili giling dengan
rempah kari daging dan tauchu.hingga naik bau dan pecah minyak.
6. Kemudian masukkan tetelan berserta dengan air rebusan, gaulkan dan biarkan dia mendidih.
7. Setelah mendidih masukkan ubi kentang/keledek yang telah dilenyek, kacau sebati dan biarkan ia
mendidih seketika.
8. Perasakan garam dan gula.
9. Dalam mangkuk kecil bancuhkan 2 sudu tepung jagung hingga larut dan masukkan kedalam kuah mee
rebus dan kacau hingga sebati. AMARAN: jangan dibiarkan kuah mendidih tanpa dikacau ... takut nanti
bancuhan tepung jagung berketul.
10.Bila cukup pekatnya dan cukup garam dan gulanya padamkan api.
Bahan2 untuk hiasan
Taugeh - dicelur bersama mee kuning
Daun Sup dan Daun Bawang
Limau Kasturi dibelah dua
Telur Rebus
Bawang Goreng
Cili Merah dan Cili Hijau dihiris bulat atau serong
Tahu digoreng sebuku kemudian dipotong dadu
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment